Pages

Subscribe:

Labels

Jumat, 08 Februari 2013

Fakta Menarik Tentang Coklat

Pasti dikalangan kita begitu ramai yang sukakan coklat. Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet
, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.
Apa Itu Coklat?
Coklat boleh diklasifikasikan sebagai coklat tulin atau kompaun. Coklat tulin hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko. Produk-produk koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat kompaun.
Apakah Jenis-Jenis Coklat Yang Terdapat di Pasaran?
Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.

Mengapa Makan Coklat?
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Kalau sebut pasal coklat, pasti coklat "Coklat Kandos" ini tidak boleh dilupakan, amat popular zaman kanak-kanak dahulu pergh... rasanya memang best :) tak silap hanya 10 sen sahaja. Sekarang tak jumpa dah :( dan dihari ini sudah ada berbagai gaya dan rupa makan ringan yang berasaskan coklat.

0 komentar:

Posting Komentar


Get this widget!